china jerseys wholesale jerseys cheap authentic jerseys cheap jerseys china jerseys for cheap nfl cheap jerseys basketball jerseys cheap seahawks jersey cheap
Jenal Othman

Gunung dan Susur Masa di Malaysia

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

 

1. Fungsi Gunung pada zaman penjajah antara tahun 1511 hingga 1956: Penjajah telah meneroka puncak-puncak Gunung untuk mencari sumber mineral seperti emas dan batuan lain melalui  XPDC geologi dan botani di kawasan tersebut. Ini bolehlah dirujuk kepada XPDC Captain Sir Edward Belcher, R.N., Sir Hugh Low 1814 dan 1851 (Gunung Kinabalu) di Borneo, laporan Lieut.J.T.Newbold pada 1833 (Gunung Ledang) dan XPDC H.N.Ridley 1891 (Gunung Tahan), dan banyak lagi sehingga mewujudkan beberapa station rehat di tanah tinggi seperti di Bukit Kutu (Treacher’s Hill), Bukit Larut, Gunung Angsi, Gunung Kledang dan juga Penang Hill

2. Semasa zaman darurat sehingga tahun 1989, kawasan Gunung dijadikan kawasan perlindungan  Parti Komunis Malaya dan juga sebagai laluan pintasan. Ini bolehlah dirujuk kepada kawasan pergunungan seperti di Banjaran Titiwangsa. Antara peninggalan sejarah yang boleh disabitkan akan zaman ini seperti Fort Kemar, Fort Broke atau banyak lagi melalui Misi Ops Bamboo.

3. Zaman silih berganti, selepas pembubaran PKM, kawasan Gunung mula mendapat kunjungan dari orang awam (pendaki) untuk menikmati pemandangan dan keindahannya dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti. Setiap ekspedisi dilakukan dengan pelbagai durasi mengikut misi dan kecergasan ahli. Terdapat kumpulan pendaki yang menggemari xpdc lebih santai dan tidak kisah bermalam berhari-hari di hutan, dan ada juga kumpulan yang disebabkan kesuntukan masa lebih gemar memadatkan masa expedisi di samping mencabar keupayaan diri.

4. Aktiviti lebih mencabar mula mendapat tempat di hati pendaki. Ruang cabaran dan kawasan lebih mencabar dicari bagi meningkatkan kepuasan explorasi. Denai tertutup peninggalan aktiviti pembalakan serta laluan komunis diteroka semula bagi merintis kawasan hutan untuk menambah koleksi puncak tersembunyi. Di kalangan pendaki, terma ini lebih dikenali sebagai aktiviti ‘sondol’. Namun, hanya yang berpengalaman, tinggi ilmu hutannya, dan berkeyakinan sahaja mampu mengikuti expedisi sondol sebegini, kerana di kebanyakan xpdc, puncak yang dicari sukar ditemui tetapi pelbagai ilmu baru diperolehi.

5. Denai Gunung sekitar tanah air juga turut menjadi tarikan peminat sukan larian (trail running) yang inginkan cabaran berlainan bagi memahami akan batasan keupayaan diri. Sehingga kini, terdapat pelbagai perlumbaan larian denai hutan diperkenalkan samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Sebilangannya melibatkan kawasan Taman Negara. Aktiviti ini semakin berkembang dan mempunyai peminatnya tersendiri.

6. Zaman demi zaman, struktur fizikal dan bentuk muka bumi kawasan pergunungan turut mengalami pelbagai perubahan. Jika dahulu, kehijauan flora dan fauna meninggalkan kesan manis dan memori indah kepada para pendaki, kini aktiviti pendakian turut disajikan dengan ‘pemandangan hakisan, tanah runtuh, serta kepupusan flora dan fauna’’ akibat kerakusan manusia yang lupa akan tanggungjawabnya sebagai khalifah di muka bumi ini.

7. Jika tiada masa dahulu, masakan ada masa sekarang. Tanpa pendaki lama, mana wujudnya pendaki baru. Pendaki lama adalah pengasas manakala generasi pendaki sekarang adalah penentu masa hadapan.

Perbezaan jurang generasi tidak hanya melibatkan perbezaan umur dan pendapat, tetapi juga melibatkan kepelbagaian kewujudan aktiviti rekreasi yang berkembang selari dengan semangat anak-anak muda yang gemar bersaing dan tidak gentar pada cabaran. Jurang ini haruslah dirapatkan agar pendaki lama dan generasi baru akan saling berkerjasama dan melengkapi bagi memajukan industri pendakian gunung di Malaysia/

8. Kelestarian pengurusan sumber Gunung itu sendiri adalah penting dalam memelihara dan memastikan khazanah tidak ternilai ini kekal untuk generasi anak cucu kita. Penerapan Pendidikan dalam Pengurusan Risiko serta Pengurusan XPDC yang terancang perlulah ditekankan, Dapatkan sumber rujukan terbaik dan bergurulah dengan pendaki yang  lebih berpengalaman. Hormati sumber hutan kita, mendaki secara bijak, dan kembalilah dengan selamat.

Going up is optional, Coming down is mandatory – Ed Viestur.

Sekian

Dari Pendaki Untuk Pendaki

Comments

comments